AFTTC x Dalam Leka
← Kembali ke acara
27 Jun 2026

AF TTC x Samurai — Open Doubles Beginner Tournament 2026

Turnamen beregu beginner anjuran bersama Samurai Table Tennis. Sabtu 27 Jun 2026. Hadiah hingga RM 400, tajaan Farm Fresh dan Pingport.

Poster AF TTC x Samurai Team Open Doubles Beginner Table Tennis Tournament 2026 — 27 Jun 2026

Turnamen beregu komuniti khas untuk beginner. Anjuran bersama Samurai Table Tennis, dengan tajaan Farm Fresh dan Pingport Table Tennis.

Kategori & kelayakan

Terbuka untuk semua kombinasi beregu beginner:

  • Pure Beginner + Pure Beginner
  • Pure Beginner + Beginner
  • Beginner + Beginner

Pihak penganjur akan membuat tapisan level pemain. Sekiranya pihak penganjur tidak dapat mengenal pasti tahap pemain, gambar atau maklumat tambahan akan diminta untuk tujuan penilaian. Segala keputusan penilaian pemain adalah muktamad di bawah pihak penganjur.

Hadiah utama

  • Juara: RM 400
  • Naib Juara: RM 250
  • Separuh Akhir: RM 100
  • Suku Akhir: Saguhati tajaan Farm Fresh

Loser pool

Untuk pasukan yang tersingkir di pusingan awal:

  • Juara: RM 50
  • Naib Juara: RM 25
  • Separuh Akhir: T-shirt tajaan Pingport Table Tennis

Pendaftaran

  • Admin AF TTC: +60 11-1193 6770
  • Jebat Samurai: +60 19-234 1728

Jom meriahkan suasana dan support komuniti pingpong tempatan!